Saturday, March 24, 2012

''Boleh tak di SYURGA nanti, saya TAK NAK SUAMI saya ada BIDADARI?''

Bismillah hirrahman nirrahim...


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua pengunjung belong saya.. saya doakan semuanya dalam keadaan baik dan sihat di hari minggu nie. Sebelum saya masuk tido, saya tergerak hati nak bukak satu blog nie.. Tulisan die mengenai.. yang di atas tu..~ Saya copy dan paste jer nie ~ ^___^  baca sampai abes tau..hihihi

Pernah tak korang terfikir ingin bersama suami di dunia juga di syurga? ''Bang..kalau abang pergi dulu nantikan saya dipintu syurga'' (cam sah sah terus masuk syurga jer kan) Camne pulak dengan bidadari syurga, pernah tak korang terfikir apakah kita mampu menandingi bidadari syurga untuk mendampingi suami kita di syurga nanti?. Dulu pernah jugak terlintas difikiran kalau Allah dah ciptakan bidadari untuk menjadi peneman lelaki di syurga, bagaimana pulak dengan wanita, terutama sekali isteri, tidakkah ada tempat buat kita disana untuk berada di sisi suami. Tu zaman zaman tak tahu apa apa lagi memang berfikiran camtu, pastu bila dah tahu serba sedikit pasal bidadari dan kelebihan kita sebagai isteri di syurga nanti memang seboleh bolehnya cuba mengingatkan diri agar menjadi isteri yang solehah. Okey la tak nak babel panjang panjang, just nak kongsi info yang menarik kat bawah nie. psst: baca sampai habis tau ada bab shopping2 di syurga *_^       

SEKADAR MENYAMPAIKAN......

''Ustaz boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?'' Soalan nie pernah dimukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu  sesi jawab dalam satu kuliah (kalau tak silap, oleh Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz,) pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. hmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita nie meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa nilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.~ kalau saya tak meluat.. tapi cemburu.. huhuhu. masa saya ceritakan hal ni.. Suami saya senyum jer.. geram tul.. tapii..
hurmmm takpela..korang sambung baca.. Story kakak nie pulak..~ Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah. sebab cemburu. Suami saya tengok drama ke.. eklan ke.. saya jeles.. tambah tambah ada pulak pompuan arab yang cun. Mesti saya kalis muke tengok muke suami saya.. tapi dan dan tu jugak suami saya cakap.. ~ U more beautiful than her~ok fine saya diam.. ^__^ walaupun hakikatnya saya tak lawa pun..


Penjelasan yang lebih mendalam, sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI2 dengan orang lain daaa...


Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh.. ustaz yang memberi amanat kepada bakal bakal da'ie itu ada menyebut, ''Jangan sekali kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci dikalangan wanita yang masih lemah imannya..''

Fuh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi.. dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Oohoho..Mungkin tak apa la sebab kebanyakkan wanita di luar sana tak paham pun bila mendengar atau membaca Al-Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu jer ?  nak biarkan je ? wanita 'bermusuh' dengan bidadari? tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ini ke?.
 

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. ''Di syurga nanti, selagi puan tak berengggang dengan suami puan, suami puan seakan akan tak nampak pun bidadari.. tak perlu la puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami  yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak gangu dia..''  Padat dan bersahaja jawapan yang diberi ustaz, disambut gelak ketawa hadirin, si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


''Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketuan bidadari. Hebatnya kecantikan ketuan bidadari ini, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang bintang yang bertaburan disekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi..''






















 

Thursday, March 22, 2012

Gadis Muslimah...

Gadis muslimah, ayu wajah berhiasi muslimah.. Lembut auramu... Santun bersahaja.. Ramah tuturmu..Sejuk insan mendengar.. Senyum tawadhu' selalu mengembang.. Pelipur jiwa yang gersang.. Gadis muslimah, Kau terangi jalanmu dengan lentera Qiyamul lailmu, kau penuhi hati dengan dzikir.. Kau usir laramu dalam sujud ikhlas ibadahmu.. Berpijak dalam tanah ketaqwa'an.. Bersandar pada dinding keimanan.. Berpegang dengan tongkat keistiqomahan.. Gadis muslimah, bersamamulah .. Hidup ini indah dan berokah.. Wanita berjibab umpama Bidadari Surga..

Seindah Mawar Berduri

Mawar berduri.. Indah sungguh kelopak bungamu.. Secantik bahasa dan gerak gerimu.. Sopan ditiup sang bayu.. Batang dan dahanmu tunduk malu.. Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman. Segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun, Kaulah mawar idaman Tumbuh di taman larangan Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan Sesucinya hatimu seindah akhlakmu Diciptakan sebagai seorang wanita Mewarisi kelembutan wanita solehah..Kembangmu tetap indah walau cuma di taman larangan Menyinarkan nur keimanan Nan mekar dihiasi mahmudah SEINDAH MAWAR BERDURI..

Saturday, February 25, 2012

Dunia hanya persinggahan...Allah kan ada....








Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat... Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan pembalasan..dan Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan.. Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah tu...

Manusia diturunkan kedunia memikul amanah, memikul tanggungjawab, membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya dikembalikan kepada Allah.. untuk diberi pembalasan. Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu, melawan iblis, melawan tarikan dunia, melawan fitnah kuffar dan bersabar terhadap hasad dengki orang orang fasik.

Kehidupan ini..Hanya medan ujian Allah SWT untuk memilih ahli syurga atau neraka..

ALLAH, pabila sayangkan hambaNya..DIA tak kan biarkannya terlalu gembira dengan nikmat duniawi..Sakit yang datang sebagai ''cinta'' agar tak tersesat dan leka..rasa ''sakit'' saat merasa tak punya siapa siapa tu, jujur, sangat sukar dilalui, bahkan sangat menyedihkan bila di ingat. Tiada telinga untuk mendengar, tiada bahu untuk meluahkan rasa, bahkan tiada apa yang terluah..

...kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..

Namun, saat itulah hati memujuk ''wahai diri, Allah kan ada....dan Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu berkongsi peritmu hanya padaNya''..

Tersenyum melihat langit dan berpesan pesan la sesama kita..InsyaAllah..





Thursday, February 23, 2012

Mencari Ketenangan Hati

Kadang kadang, ramai orang bertanya tanya bagaimana mendapat hati yang tenang dan bersih. Hati yang mudah bersabar, tidak lekas marah, tidak melatah apabila dihina, hati yang pemaaf dan sentiasa bermuhasabah. Ini semua antara ciri hati yang bersih.

Jawapannya, hubungkan hati anda dengan Allah sentiasa. Allah  ta'ala berfirman: ''Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati hati menjadi tenang.''
(Al-Raad:2)

Jangan lihat urusan anda dengan manusia sebagai urusan dunia, tetapi ia sebenarnya urusan akhirat. Bukankah Allah yang mendatangkan kemelut itu kepada anda sebagai ujian? Hidup ini tidak lekang dengan ujian Allah baik secara emosi mahupun rohani. Allah berhak menguji anda baik secara langsung mahupun dengan perantaraan makhluk. Tidak ada sesuatu pun yang akan berlaku  di dunia ini jika bukan dengan kehendak dan izin Allah ta'ala.


Saya berikan contoh. Apabila anda dibenci, fikirkan dalam hati, ''apakah yang harus aku respon agar Allah meredhai dan mengasihi aku?''. Jika anda membalas kebencian itu dengan kasih sayang dan kesabaran. Maka Allah akan mengasihi anda, contoh lain, katakan anda difitnah. anda dapati anda perlu cuba bersihkan nama anda (tanggungjawab menjaga maruah) tetapi janganlah sampai bertelagah sesama muslim sebab hal ini dibenci Allah.

Jadikan redha dan murka Allah sebagai neraca, bukannya melihat kepada redha dan benci manusia.

Bila mana anda terasa di awasi Allah dan anda memutuskan setiap perbuatan walau betapa remeh sekalipun dengan menuruti perintah Allah ta'ala, hati anda akan terasa tenang, hati dan emosi lebih mudah dikawal disebabkan oleh kuatnya keterikatan dengan Allah ta'ala. Inilah hati seorang mukmin yang sejati.. InsyaAllah..Tajdid jiwa kerana hidupmu hanya sekali.


Allah Engkau dekat..penuh Kasih Sayang..Moga Ikhlas dan Redha menyirami hati hati
hamba yang diuji, moga hari ini lebih baik daripada semalam..dan esok membawa cahaya dan harapan hanya doa yang mampuku berikan..saya bukan sahabat yang terbaik dan sempurna untuk awak..awak..awak..dan awak..tapi saya sedang cuba untuk menjadi yang terbaik..Senyum Selalu.

Sesungguhnya hari kelmarin bagai mimpi yang telah berlalu sedangkan hari esok adalah suatu harapan yang indah walaupun hari ini adalah realiti kehidupan sebenarnya..






















Monday, February 20, 2012

Maafkanlah saya..

Maafkanlah saya...Saya baru sedar bahawa saya tidak cukup layak buat anda.
Saya tidak setanding untuk bergandingan dengan anda.
Anda ibarat batuan istimewa yang bernilai,
walhal saya hanya umpama sebutir pasir biasa..
Saya dan anda  berbeza..Inilah kenyataan yang harus saya terima seadanya.
Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Permudahkanlah perjalanan hidup hambaMu.
Duhai hati, tabahlah menempuhi hakikat ini. AAMIIN..

Seandainya hadirku adalah pelita yang menyenari ruang hatimu,
izinkanlah aku bersinar untukmu.Namun bila hadirku adalah debu
yang memburamkan jendela hatimu. Biarlah angin menghembuskan
nan jauh ke awan..

Janganlah engkau berfikir lebih tentangku, janganlah meminta lebih dariku,
aku hanyalah wanita biasa yang penuh kekurangan..

Bila hati terusik, air mutiara mengalir laju..
Mengingatkan diri bahawa dia juga adalah
hamba Tuhanku yang sama seperti diriku..
Hidup..jodohku padamu sedang ku jalani,
tapi jodohku pada mati adalah pasti..

Mawar berduri

Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik manapun bukanlah ratu jika buruk akhlaknya,

Setinggi mana darjat, bukanlah mulia jika tiada iman didada..

Wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad SAW Rasulnya. Wanita yang meniti jalan yang lurus dan membawa risalah kebenaran. Tersenyumlah agar dunia ini damai oleh mu..

Moga langkahmu bernama wanita dapat di tuntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah..

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak kesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu terjatuh selamanya..Kesolehan seorang wanita itu tidak datang begitu sahaja. Ia mesti melalui proses Mujahadah (melawan nafsu) yang panjang, mengikut kesungguhan masing masing. Barulah terbina taqwa. Setelah ada taqwa barulah terbentuk kesolehan seorang wanita..Sungguh wanita itu tegar, semoga Allah selalu memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apa sahaja ujian buatmu wanita saat ini, insyaAllah akan dibalasNya dengan pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak..